Monday 9 December 2013

My 1st Post..Behold...The Sukhoi Su-30MKM Flanker

     Assalamualaikum kepada pembaca-pembaca, hari ini boleh dikatakan hari yang cukup bersejarah sikit kerana hari ini saya membuat post saya yang pertama di blog ini..
          Untuk post yang pertama, saya akan bincangkan tentang pesawat Air Superiority Fighter dan Multirole Aircraft Malaysia yang terunggul iaitu Sukhoi Su-30MKM (Modernizirovannyi Kommercheskiy Malaysia – Modernized Export Malaysia).

 ''Su-30MKM dikatakan pesawat tempur yang terunggul di rantau ASEAN sehingga memaksa Singapura untuk membeli F-15SG''..(WOW) 

                  Khidmat pesawat ini bermula apabila Malaysia menandatangani kontrak untuk 18 buah pesawat Su-30MKM pada tahun 2003 dari Russia untuk memenuhi keperluan MRCA (Multirole Combat Aircraft) negara. Pada masa tersebut, Malaysia hanya mempunyai 8x F/A-18D Hornet, 16x MiG-29N Fulcrum,10x F-5E Tiger II, 17x BAe Hawk 108, 8x Bae Hawk 208, dan 2x RF-5E Tiger II. Dengan adanya Su-30MKM, Malaysia boleh maningkatkan kemampuan yang sedia ada dan mempertahankan ruang udaranya dengan lebih jauh, cekap, dan efisyen. Pesawat ini juga unik, nak tau apa yang uniknya ? Sukhoi varian Malaysia ini dipasangkan enjin thrust-vectoring membolehkan ia dikawal dengan sangat mudah, mempunyai ketangkasan yang tinggi disamping membuat pelbagai manuver yang hebat. Antara manuver yang paling popular ialah Pugachev Cobra.
                                             
                           
                    Dengan adanya thrust-vectoring control, Su-30MKM mempunyai kelebihan pada pertempuran jarak dekat di udara. Kalau cerita pasal thrust-vectoring ni tak banyak pesawat yang memiliknya. Pesawat tersebut adalah antara golongan pesawat tempur tercanggih di dunia seperti stealth F-22 Raptor (USA),stealth Sukhoi T-50 (Russia). Dan juga pesawat tempur konvensional Su-30MKI (India punya varian), dan Su-30MKM. Terdapat banyak lagi sebenarnya tetapi setakat pada peringkat prototype ataupun technology demonstrator sahaja contoh seperti F-16 VISTA dan F/A-18 HARV. Malaysia membuat pilihan yang bijak untuk membeli pesawat ini.

Perbandingan radar, berat tempur diantara Su-30MK/ F-35 JSF/ F/A-18F Super Hornet


                    Su-30MKM dikatakan pesawat tempur yang terunggul di rantau ASEAN sehingga memaksa Singapura untuk membeli F-15SG. Mengapa ia dikatakan terunggul ?? Cuba lihat gambarajah diatas. Ia membandingkan 3 pesawat yang berkebolehan tinggi 1.Su-30MK  2. F-35 JSF 3.F/A-18F Super Hornet. Untuk pengetahuan anda F-35 merupakan pesawat ''steatlh'' yang terbaru dan juga bakal memasuki inventori Singapura. F/A-18F Super Hornet pula merupakan sepupu ''hebat'' pesawat hornet yang sudah pun berada di dalam perkhidmatan TUDM. Su-30MK hebat didalam 2 daripada 3 kategori diatas. Su-30MK cumalah model ''basic'', bagaimana pula jika dibandingkan dengan Su-30MKM ?? Anda google la sendiri....

Sebenarnya ada banyak lagi kemampuan yang dimiliki pesawat ini (kata kunci ''Multi Role'')....bahagian tersebut akan dibincangkan pada lain masa. Oleh itu sekian sahaja buat masa ini Waalaikumsalam dan salam patriotik everyone..

No comments:

Post a Comment